klik untuk tambah budget
Wednesday, 21 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
"JOM TAMBAH FOLLOWER"
Assalamualaikum...Hari ni Kak Ainie nk join Segmen...First time join segmen...
Kak Aini rasa, Kak Ainie memerlukan follower and Kak Aini baru sahaja dalam dunia blog ni...harap2 dapat menambah follower and blog ini akan bertambah maju...Aminn...
Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Boleh Baca Lagi
Kak Aini rasa, Kak Ainie memerlukan follower and Kak Aini baru sahaja dalam dunia blog ni...harap2 dapat menambah follower and blog ini akan bertambah maju...Aminn...
“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”
Assalamualaikum...Hari ni Kak Ainie nk join “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”...Ni first time masuk G.A...
Klik banner untuk join..
SYARAT / PEMBERITAHUAN UMUM :
- Terbuka kepada followers blog Saya Suka Menaip ini. Tidak kira lelaki atau perempuan.
- Wajib mempunyai blog, bergelar blogger.
- Tak perlu tag kawan-kawan untuk join, cukup sekadar promote aje.
- Pemenang akan dipilih secara random.
WAJIB patuhi semua syarat.
BAGAIMANA MENYERTAI ??
1. Buat entry bertajuk “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”
2. Letak banner giveaway dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, korang pergi COPY BANNER TU KAT SINI.
3. Letak link sponsors dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, untuk copy link kat bawah, korang perlu select link-link kat bawah dan tekan Ctrl + C
4. WAJIB letak semua sponsors (blogshop) dalam blog list anda. Bagi sponsors yang hanya ada fan page di facebook, korang pergi like fan page dorang tau!
5. Promote entry penyertaan korang habis-habisan, sebab ada hadiah untuk top referral.
6. Tekan butang LIKE dan TWEET kat bahagian bawah entry ini.
7. LIKE fan page blog Saya Suka Menaip di sini - https://www.facebook.com/nisamenaip
7. LIKE fan page blog Saya Suka Menaip di sini - https://www.facebook.com/nisamenaip
8. Pastikan korang ikut syarat-syarat di atas.
Giveaway berlangsung dari 6 DISEMBER hingga 31 DISEMBER
SENANG AJE KAN???? So apa lagi! Korang join ramai-ramai tau! Promote entry penyertaan korang kat kawan-kawan tauuu! Berpuluh hadiah untuk dimenangi! Goodluck!
P/S :
- Hanya komen dengan link penyertaan yang akan aku publish untuk entry ini. Thank you.
- Pastikan anda post link hanya SEKALI!
- Untuk penyertaan contoh, refer KAT SINI , tengok sekali kat sidebar, dia buat bloglist tu.
Semua dh ikot...Komen..
Tuesday, 22 November 2011
KHASIAT, KEBAIKAN DAN KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara terdiri daripada beberapa jenis lemak (fatty acid) yang amat berguna dan berkesan terhadap pembentukan kesihatan manusia. Terdiri daripada 90% asid lemak (medium chain fatty acid) yang merupakan diantara lemak tepu yang terbaik diantara lemak tepu lain, khusus untuk kesihatan manusia. Lemak tepu ini mempunyai rantaian sederhana fatty acid yang berpekatan tinggi dan mudah diserap ke dalam tubuh yang amat membantu kepada proses penghadaman dan perkumuhan.
Rantaian asid lemak yang dihantar terus ke hati ini akan diproses lalu membentuk kepada satu bentuk tenaga bagi tubuh badan manusia. Melalui kajian, asid lemak ini berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh faktor mikrobial. Di samping itu juga ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan bertindak dalam penyerapan dan perkumuhan magnesium, kalium dan asid amino.Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.
Pengambilan minyak kelapa dara ini tidak memberikan sebarang kesan toksikologi ataupun farmalogikal, bahkan asid lemak minyak kelapa dara ini menyerupai susu ibu yang kaya dengan sumber asid lemak ini serta lain-lain protein yang baik untuk kesihatan.
Rantaian asid lemak yang dihantar terus ke hati ini akan diproses lalu membentuk kepada satu bentuk tenaga bagi tubuh badan manusia. Melalui kajian, asid lemak ini berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh faktor mikrobial. Di samping itu juga ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan bertindak dalam penyerapan dan perkumuhan magnesium, kalium dan asid amino.Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.
Pengambilan minyak kelapa dara ini tidak memberikan sebarang kesan toksikologi ataupun farmalogikal, bahkan asid lemak minyak kelapa dara ini menyerupai susu ibu yang kaya dengan sumber asid lemak ini serta lain-lain protein yang baik untuk kesihatan.
Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Minyak Kelapa Dara
1) Meningkatkan sistem imun tubuh badan dan mengeluarkan toksin.
Asid lemak yang terdiri daripada unsur antimicrobial boleh membantu membunuh virus, bakteria, fungi dan parasit. Ini telah ditemui melalui kajian, apabila asid lemak dihadam, ia akan dipecahkan kepada bentuk monoglycerida dan asid lemak bebas yang membentuk kepada pengaktifan unsur antimicrobial. Terdapat pelbagai jenis asid lemak yang penting seperti Lauric Acid, Capric Acid dan Caprylic Acid. Unsur monoglyceride, monolaurin, monocaprylin dan monocaprin yang terkandung di dalam asid lemak inilah yang membantu kepada perlindungan sistem imun tubuh badan manusia. Asid lemak yang terkandung ini bersifat sebagai anti bacteria dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan toksin di dalam badan. Meningkatkan kadar metabolisma serta sistem imun tubuh dan tubuh manusia menjadi kuat dan mampu menentang serangan bakteria yang menyebabkan pembentukan toksin. Juga mampu bertindak sebagai anti oksidan yang menghalang radikal bebas. Pengambilan yang berterusan mampu meningkatkan tenaga kepada tahap yang paling maksimum.
Melalui ujian kajian pakar penyelidik, asid lemak minyak kelapa dara telah diberikan kepada beberapa ekor kuda bagi meningkatkan tahap tenaga serta kecekapan kuda semasa berlumba dan keberkesanan dapat dilihat berbanding kuda yang lain. Ia juga digunakan oleh para atlet dalam memberi tenaga yang berpanjangan disamping penggunaan asid lemak minyak kelapa dara di dalam minuman-minuman bertenaga yang terdapat dipasaran..
Melalui ujian kajian pakar penyelidik, asid lemak minyak kelapa dara telah diberikan kepada beberapa ekor kuda bagi meningkatkan tahap tenaga serta kecekapan kuda semasa berlumba dan keberkesanan dapat dilihat berbanding kuda yang lain. Ia juga digunakan oleh para atlet dalam memberi tenaga yang berpanjangan disamping penggunaan asid lemak minyak kelapa dara di dalam minuman-minuman bertenaga yang terdapat dipasaran..
2) Membantu memelihara kesihatan hati dan buah pinggang
Asid lemak bukan sahaja membantu mengelakkan kita daripada penyakit hati dan buah pinggang tetapi ia juga digunakan sebagai penyembuhan dalam memelihara kesihatan hati dan buah pinggang. Manakala buah pinggang yang sihat akan terus menapis darah dan menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan melalui urin.
3) Membantu mencegah penyakit jantung
Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa dara adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestrol di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa dara adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.
MENINGKATKAN METABOLISMA TUBUH MANUSIA
4) Membantu mencegah serangan kanser ( Anti virus dan Anti Bakteria )
MENINGKATKAN METABOLISMA TUBUH MANUSIA
4) Membantu mencegah serangan kanser ( Anti virus dan Anti Bakteria )
Asid lemak digunakan sebagai senjata dalam menentang penyakit kanser. Kenyataan ini bukan sahaja dibuktikan melalui testimoni bahkan melalui kajian perubatan. Dengan pengambilan asid lemak, ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan dengan adanya peningkatan sistem tubuh yang kuat, ia mampu menghalang dan membantutkan pembentukan sel-sel kanser. Dengan pembentukan sistem imun yang kuat, ia menjadi langkah awal dalam mencegah dan merawat bukan sahaja penyakit kanser bahkan penyakit-penyakit lain seperti tumor. Berdasarkan penyelidikan dengan pengambilan asid lemak ia bukan sahaja boleh mengecutkan sel tisu tumor tetapi ia juga menghalang pembentukan dan pembesaran tumor.
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organism berkenaan.
Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organism berkenaan.
Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).
5) Memberi nutrisi kepada ibu mengandung, ibu dan bayi menyusu.
Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, juga akan mendapat khasiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.
Thyroid : tidak kira penghidap hipertiroidisme @ hipotiroidisme dapat merangsang fungsi thyroid & mempunyai pelbagai sifat anti septik.Juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.
Thyroid : tidak kira penghidap hipertiroidisme @ hipotiroidisme dapat merangsang fungsi thyroid & mempunyai pelbagai sifat anti septik.Juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.
6)Anti oksida( Membantu memberi keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan)
Kandungan asid lemak yang terdiri daripada unsur antioksidan amat membantu dalam memberi kesan anjalan kulit dan melambatkan proses penuaan, mampu membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda. Pada saat sel kulit mati, dapat menghilangkan sel mati dipermukaan kulit dan membuatkan kulit lebih halus dan licin.
7) Menurunkan berat badan
Minyak kelapa dara juga mampu bertindak dalam menguruskan berat badan. Ini adalah disebabkan kandungan asid lemaknya yang tidak memasuki saluran darah seperti lelemak yang lain, tetapi ia akan dihantar terus ke hati dan diproses serta ditukarkan kepada bentuk tenaga seperti karbohidrat. Oleh yang demikian, asid lemak yang digunakan untuk membentuk tenaga ini akan menjurus kepada peningkatan kadar metabolisma badan dalam membakar kalori dan secara langsung ia akan membakar lemak badan dan membantu dalam penurunan berat badan
Sebagai functional food, bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 % kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 - 7 % kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.
Lauric acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia.
Lauric acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia.
8) RESDUNG
Minyak kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Ia bersifat anti virus & anti lakteria,anti fungus & protozoa. Sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting MKD. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan MKD satu bahan berkesan bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti RESDUNG..
PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.
Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.
Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.
Minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan, disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber tenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.
Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian , menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.Termasuk kadar kolesterol yang tinggi & tekanan darah tinggi. Dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri & membantu mencegah asterosklerosis.
Mengurangkan tekanan @ stress: dengan hanya meletakkannya di kepala diikuti dengan urutan lembut dapat membantu menghilangkan keletihan mental.
Penjagaan rambut : merupakan salah satu nutrisi semuladi terbaik untuk rambut. Membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan menambahkan kilauan rambut. Dengan hanya membuat urutan kepala dapat memastikan kulit kepala bebas dari kelemumur ,kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala kering..
Kecantikan Luaran
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Menghasilkan tenaga segera.
- Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
- Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
- Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.
Kesihatan Dalaman
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
- Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
- Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh.
- Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.
- Mencegah risiko sakit jantung.
- Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
- Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim.
- Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
- Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
- Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
- Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
- Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.
Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat.
- Membunuh virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain) serta membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.
Hubungan Suami Isteri
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
- Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
- Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita
KESAN SEGERA MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH
Melegakan Pernafasan
- Mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil
- Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.
Meningkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Sel Tubuh
- Minyak Kelapa Dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan anda akan terasa lebih bertenaga.
Mengurangkan Keadaan Mudah Lapar
- Bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu, berat badan terkawal - tidak perlu makan banyak dan kerap.
Mengurangkan Kandungan Lemak Badan
- Berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang
Mengurangkan Risiko Serangan Sakit Jantung dan darah Tinggi
- Mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
Mempercepatkan Pengggantian sel-sel Mati dengan yang Baru
- Mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.
Juga, di dalam usus kecil dan besar ia memusnahkan organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protoza (cacing). Oleh itu, penghadaman mencapai tahap maksimum.
Wednesday, 9 November 2011
Resdung -Risiko jangkitan
ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka dan dahi anda disahkan menghidap penyakit SINUSITIS atau RESDUNG. Resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria.
Bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya. Apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan.Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan.Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit. Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak sering berhingus
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, hidung gatal-gatal dan sebagainya.
- berkahak
- kerap bersin (terutamanya pada waktu pagi)
- nafas berbau
- mata yang selalu gatal & berair
- tidur berdengkur yang kronik
- letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
- habuk
- pepijat
- kutu
- makanan tertentu
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Sumber alahan yang biasa dihadapi oleh penghidap Resdung
Menurut pakar, sebanyak 90 peratus daripada alahan disebabkan oleh ;
- selimut
- bantal
- tilam
- binatang peliharaan
- bedak herba
- ubat-ubatan
- buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain
Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
RESDUNG BOLEH DIRAWAT. Lebih elok, kalau anda dapat mengesan penyakit resdung di peringkat awal. Maka lebih mudah untuk merawatinya.
Risikonya kalau Resdung tidak dirawat
Kalau ia melarat dan teruk, penghidap Resdung mudah untuk menghidapi penyakit yang lebih serius seperti ;
- penyakit TB
- kanser
- jangkitan kulat, virus dan bakteria
- memberi kesan kepada telinga (boleh menjadi pekak)
- memberikan kesan buruk (komplikasi) pada otak
- merosakkan penglihatan (boleh menjadi buta)
Petua dan tips untuk mengelak daripada menghidap Resdung
- Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
- Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
- Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang.
- Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
- Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
- Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
- Selalu basuh barang permainan yang lembut.
- Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
- Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
- Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
- Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
- Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.
Salah satu ubat yang dikatakan mujarab ialah KELAPA DARA
Tuesday, 8 November 2011
KEBAIKAN ROSELLE :- .Antaranya ialah kulit kelopak merah buah adalah yang paling popular. Ia boleh dibuat jus, jam , jeli, sirap, gelatin, puding, kek, ais krim dan perisa. Kelopak merah buah ini juga boleh dikeringkan dan boleh dibuat sebagai minuman teh, pai, sos, dan pelbagai kuih. Kelopak merah mengandungi pektin yang boleh dibuat jeli.
Pucuk dan batang muda boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai hidangan sayuran.
Kelopak merah buah ini mengandungi antioksiden termasuk flavonoid, gossypetine, biniscetine dan sabdaretine. Kelopak merah segar juga kaya dengan riboflavin, asid askorbik, niacin,beta carotene,OMEGA-3, kalsium dan zat besi yang sangat penting dalam nutrisi harian kita.
Bijinya kaya dengan protein boleh dibakar dan kisar menjadi serbuk kemudian digunakan dalam sup dan sos. Biji yang dibakar juga boleh digunakan sebagai gantian kopi
Pucuk dan batang muda boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai hidangan sayuran.
Kelopak merah buah ini mengandungi antioksiden termasuk flavonoid, gossypetine, biniscetine dan sabdaretine. Kelopak merah segar juga kaya dengan riboflavin, asid askorbik, niacin,beta carotene,OMEGA-3, kalsium dan zat besi yang sangat penting dalam nutrisi harian kita.
Bijinya kaya dengan protein boleh dibakar dan kisar menjadi serbuk kemudian digunakan dalam sup dan sos. Biji yang dibakar juga boleh digunakan sebagai gantian kopi
Roselle (hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus) dan 10 kali ganda dari air ribena. Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh.Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.
ROSELLE:- Antara kelebihan & kebaikan Roselle adalah .....
ROSELLE:- Antara kelebihan & kebaikan Roselle adalah .....
1. ANTI -PENUAAN (ANTI AGEING)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan,mencantikkan kulit dan awet muda. Mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.
2. PENCEGAHAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2 menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakit arteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi
3. PENCEGAHAN KANSER
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kanser ‘gastrointestinal’. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.
4. DEMAM PANAS, SELSEMA DAN SAKIT TEKAK
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuat penjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda.
5. RESDUNG (ALERGI) DAN ASMA (LELAH)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plusmenambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.
6. STRESS ATAU SUKAR TIDUR (INSOMNIA)
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.
7. Amat baik untuk yang menghadapi LUKA LUAR DAN DALAM
8. MEMBAKAR LEMAK
9. MENYIHAT DAN MENCERDASKAN MINDA
10. MENYEGAR DAN MENGEMBALIKAN TENAGA
GLOSARI:
1 Kolesterol LDL - juga dikenali sebagai kolesterol 'jahat'2 Arteri - saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung3 Arteriosklerosis - penebalan dinding pembuluh nadi dengan akibat hilangnya kelenturan pembuluh nadi4 Trombosis - penyakit yang disebabkan oleh penggumpalan darah yang terjadi di otak (cerebral stroke) mahupun di jantung (myocardial infaction) yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian5 Penjaram - sejenis kuih tradisi suku kaum Bajau di Sabah
1 Kolesterol LDL - juga dikenali sebagai kolesterol 'jahat'2 Arteri - saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung3 Arteriosklerosis - penebalan dinding pembuluh nadi dengan akibat hilangnya kelenturan pembuluh nadi4 Trombosis - penyakit yang disebabkan oleh penggumpalan darah yang terjadi di otak (cerebral stroke) mahupun di jantung (myocardial infaction) yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian5 Penjaram - sejenis kuih tradisi suku kaum Bajau di Sabah