Minyak kelapa dara terdiri daripada beberapa jenis lemak (fatty acid) yang amat berguna dan berkesan terhadap pembentukan kesihatan manusia. Terdiri daripada 90% asid lemak (medium chain fatty acid) yang merupakan diantara lemak tepu yang terbaik diantara lemak tepu lain, khusus untuk kesihatan manusia. Lemak tepu ini mempunyai rantaian sederhana fatty acid yang berpekatan tinggi dan mudah diserap ke dalam tubuh yang amat membantu kepada proses penghadaman dan perkumuhan.
Rantaian asid lemak yang dihantar terus ke hati ini akan diproses lalu membentuk kepada satu bentuk tenaga bagi tubuh badan manusia. Melalui kajian, asid lemak ini berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh faktor mikrobial. Di samping itu juga ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan bertindak dalam penyerapan dan perkumuhan magnesium, kalium dan asid amino.Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.
Pengambilan minyak kelapa dara ini tidak memberikan sebarang kesan toksikologi ataupun farmalogikal, bahkan asid lemak minyak kelapa dara ini menyerupai susu ibu yang kaya dengan sumber asid lemak ini serta lain-lain protein yang baik untuk kesihatan.

Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Minyak Kelapa Dara
1) Meningkatkan sistem imun tubuh badan dan mengeluarkan toksin.
Asid lemak yang terdiri daripada unsur antimicrobial boleh membantu membunuh virus, bakteria, fungi dan parasit. Ini telah ditemui melalui kajian, apabila asid lemak dihadam, ia akan dipecahkan kepada bentuk monoglycerida dan asid lemak bebas yang membentuk kepada pengaktifan unsur antimicrobial. Terdapat pelbagai jenis asid lemak yang penting seperti Lauric Acid, Capric Acid dan Caprylic Acid. Unsur monoglyceride, monolaurin, monocaprylin dan monocaprin yang terkandung di dalam asid lemak inilah yang membantu kepada perlindungan sistem imun tubuh badan manusia. Asid lemak yang terkandung ini bersifat sebagai anti bacteria dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan toksin di dalam badan. Meningkatkan kadar metabolisma serta sistem imun tubuh dan tubuh manusia menjadi kuat dan mampu menentang serangan bakteria yang menyebabkan pembentukan toksin. Juga mampu bertindak sebagai anti oksidan yang menghalang radikal bebas. Pengambilan yang berterusan mampu meningkatkan tenaga kepada tahap yang paling maksimum.
Melalui ujian kajian pakar penyelidik, asid lemak minyak kelapa dara telah diberikan kepada beberapa ekor kuda bagi meningkatkan tahap tenaga serta kecekapan kuda semasa berlumba dan keberkesanan dapat dilihat berbanding kuda yang lain. Ia juga digunakan oleh para atlet dalam memberi tenaga yang berpanjangan disamping penggunaan asid lemak minyak kelapa dara di dalam minuman-minuman bertenaga yang terdapat dipasaran..

2) Membantu memelihara kesihatan hati dan buah pinggang
Asid lemak bukan sahaja membantu mengelakkan kita daripada penyakit hati dan buah pinggang tetapi ia juga digunakan sebagai penyembuhan dalam memelihara kesihatan hati dan buah pinggang. Manakala buah pinggang yang sihat akan terus menapis darah dan menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan melalui urin.
3) Membantu mencegah penyakit jantung
Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa dara adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestrol di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa dara adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.
MENINGKATKAN METABOLISMA TUBUH MANUSIA
4) Membantu mencegah serangan kanser ( Anti virus dan Anti Bakteria )
MENINGKATKAN METABOLISMA TUBUH MANUSIA
4) Membantu mencegah serangan kanser ( Anti virus dan Anti Bakteria )
Asid lemak digunakan sebagai senjata dalam menentang penyakit kanser. Kenyataan ini bukan sahaja dibuktikan melalui testimoni bahkan melalui kajian perubatan. Dengan pengambilan asid lemak, ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan dengan adanya peningkatan sistem tubuh yang kuat, ia mampu menghalang dan membantutkan pembentukan sel-sel kanser. Dengan pembentukan sistem imun yang kuat, ia menjadi langkah awal dalam mencegah dan merawat bukan sahaja penyakit kanser bahkan penyakit-penyakit lain seperti tumor. Berdasarkan penyelidikan dengan pengambilan asid lemak ia bukan sahaja boleh mengecutkan sel tisu tumor tetapi ia juga menghalang pembentukan dan pembesaran tumor.
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organism berkenaan.
Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).

5) Memberi nutrisi kepada ibu mengandung, ibu dan bayi menyusu.
Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, juga akan mendapat khasiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.
Thyroid : tidak kira penghidap hipertiroidisme @ hipotiroidisme dapat merangsang fungsi thyroid & mempunyai pelbagai sifat anti septik.Juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.
Thyroid : tidak kira penghidap hipertiroidisme @ hipotiroidisme dapat merangsang fungsi thyroid & mempunyai pelbagai sifat anti septik.Juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.
6)Anti oksida( Membantu memberi keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan)
Kandungan asid lemak yang terdiri daripada unsur antioksidan amat membantu dalam memberi kesan anjalan kulit dan melambatkan proses penuaan, mampu membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda. Pada saat sel kulit mati, dapat menghilangkan sel mati dipermukaan kulit dan membuatkan kulit lebih halus dan licin.
7) Menurunkan berat badan
Minyak kelapa dara juga mampu bertindak dalam menguruskan berat badan. Ini adalah disebabkan kandungan asid lemaknya yang tidak memasuki saluran darah seperti lelemak yang lain, tetapi ia akan dihantar terus ke hati dan diproses serta ditukarkan kepada bentuk tenaga seperti karbohidrat. Oleh yang demikian, asid lemak yang digunakan untuk membentuk tenaga ini akan menjurus kepada peningkatan kadar metabolisma badan dalam membakar kalori dan secara langsung ia akan membakar lemak badan dan membantu dalam penurunan berat badan
Sebagai functional food, bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 % kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 - 7 % kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.
Lauric acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia.

8) RESDUNG
Minyak kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Ia bersifat anti virus & anti lakteria,anti fungus & protozoa. Sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting MKD. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan MKD satu bahan berkesan bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti RESDUNG..
PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.
Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.
Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.
Minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan, disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber tenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.
Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian , menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.Termasuk kadar kolesterol yang tinggi & tekanan darah tinggi. Dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri & membantu mencegah asterosklerosis.
Mengurangkan tekanan @ stress: dengan hanya meletakkannya di kepala diikuti dengan urutan lembut dapat membantu menghilangkan keletihan mental.
Penjagaan rambut : merupakan salah satu nutrisi semuladi terbaik untuk rambut. Membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan menambahkan kilauan rambut. Dengan hanya membuat urutan kepala dapat memastikan kulit kepala bebas dari kelemumur ,kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala kering..
Kecantikan Luaran
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Menghasilkan tenaga segera.
- Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
- Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
- Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.
Kesihatan Dalaman
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
- Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
- Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh.
- Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.
- Mencegah risiko sakit jantung.
- Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
- Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim.
- Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
- Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
- Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
- Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
- Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.
Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat.
- Membunuh virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain) serta membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.
Hubungan Suami Isteri
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
- Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
- Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita
KESAN SEGERA MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH
Melegakan Pernafasan
- Mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil
- Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.
Meningkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Sel Tubuh
- Minyak Kelapa Dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan anda akan terasa lebih bertenaga.
Mengurangkan Keadaan Mudah Lapar
- Bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu, berat badan terkawal - tidak perlu makan banyak dan kerap.
Mengurangkan Kandungan Lemak Badan
- Berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang
Mengurangkan Risiko Serangan Sakit Jantung dan darah Tinggi
- Mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
Mempercepatkan Pengggantian sel-sel Mati dengan yang Baru
- Mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.
Juga, di dalam usus kecil dan besar ia memusnahkan organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protoza (cacing). Oleh itu, penghadaman mencapai tahap maksimum.